Mengikut takrifan, minyak wangi adalah campuran wangian pati dan wara pelarut untuk menghasilkan bau yang menenangkan.
Kepekatan bauan pula adalah berbeza dan ia bergantung kepada dengan campuran air dan sebatian alkohol yang dinamakan etanol.
Lagi pekat sebatian alkohol itu, semakin tahan lama dan kuat baunya dan sebaliknya.
5 Jenis Minyak Wangi Yang Anda Perlu Tahu
Untuk pengetahuan anda, peratusan sebatian aromatik yang tinggi akan membuatkan tempoh masa minyak wangi itu bertahan lebih panjang.
Sekiranya anda bercadang untuk beli minyak wangi, pastikan anda tahu beberapa istilah yang sering digunakan untuk melabel minyak wangi.
Perfume atau Parfum
Kepekatan minyak wangi yang tertinggi
Tahap kepekatannya di antara 20% hingga 30%
Sangat mahal
Boleh bertahan sehingga 12 jam
Perfume yang berkualiti serta tahan seharian
Eau de Parfum (EDP)
Kepekatan kedua yang tertinggi
Tahap kepekatannya di antara 10% sehingga 20%
Campuran minyak wangi yang mempunyai air atau alkohol
Boleh bertahan dari 8 ke 12 jam
Menjadi pilihan untuk mereka yang mencari ‘niche pefume’
Eau De Toilette (EDT)
Kepekakatan antara 4% sehingga 15%
Biasa digunakan untuk minyak wangi lelaki
Bauan yang ringan
Kandungan alkohol yang lebih di dalam sebatian wangian
Dijual dalam bentuk spray
Tidak tahan lama
Eau de Cologne (EDC)
Kepekatan di antara 2% sehingga 5%
Bau wangian yang ringan dan segar
Eau de Fraiche (EDF)
Kepekatan minyak wangi terendah
Tahap kepekatan dari 1% hingga 2% sahaja.
Haruman seharian yang sesuai untuk anda yang tidak mahu berbelanja lebih
Cara-Cara Untuk Menjadikan Minyak Wangi Tahan Lama
Ramai menjadikan pemakaian minyak wangi sebagai rutin wajib sebelum melangkah keluar dari rumah. Ada yang sehingga membawa botol kecil yang mudah di simpan di dalam beg.
Ada juga yang sanggup berbelanja mahal untuk mendapatkan minyak wangi yang berkualiti dan berjenama.
Di sini kami kongsikan 4 panduan bermanfaat untuk membuatkan minyak wangi tahan lebih lama.
1. Simpan Di Dalam Suhu Bilik, Jangan Simpan Di Dalam Bilik Air, Tempat Lembab Atau Panas.
Partikel minyak wangi boleh pecah sekaligus menyebabkan minyak wangi tidak tahan lama bila disimpan di tempat panas.
Jadi elakkan tempat yang panas seperti tepi tingkap atau peralatan yang panas seperti curling iron.
2. Simpan Minyak Wangi Dalam Kotak
Jangan buang kotak minyak wangi anda. Simpan botol minyak wangi anda di dalam kotak itu supaya ianya selamat dari cahaya matahari dan suhu panas.
3. Ketatkan Penutup Botol
Jangan biarkan minyak botol anda tidak ditutup dengan kemas walaupun anda sedang kelam kabut bersiap.
4. Pilih Minyak Wangi Dalam Bekas Kecil
Intensiti aroma minyak wangi akan berkurangan sekiranya botol minyak wangi anda besar dan ianya troksida dari udara.
Pilihan Minyak Wangi
Pasti sekarang anda sudah tahu minyak wangi yang sesuai untuk anda. Dengan tips untuk memastikan minyak wangi tahan lebih lama, anda pasti tak sabar nak cari minyak wangi yang sesuai untuk anda.
Minyak Wangi De’Xandra
Minyak wangi De’Xandra adalah Eau de Parfum (EDP) yang tahan lama.
air fresher
minyak wangi
minyak wangi lelaki
pewangi kereta
pewangi rumah
pewangi
freshener
jana pendapatan dari rumah
minyak wangi lelaki paling tahan lama
minyak wangi wanita