You are here

Bolehkah Guna Vitamin C Untuk Kulit Putih Gebu? Ini Jawapannya

ajperf's picture
Submitted by ajperf on Tue, 11/24/2020 - 23:12

“Cuci muka sahaja tak cukup tapi cubalah vitamin c untuk kulit yang putih
!”

Jika dilihat pada rutin penjagaan kulit sekarang, ramai yang kata vitamin C boleh digunakan untuk kulit lebih putih dan gebu.

Tetapi ramai juga yang ragu-ragu dengan pernyataan ini.

Untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya, ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Vitamin C Yang Disuntik Boleh Putihkan Kulit?

Scroll sahaja Facebook atau Instagram, pasti ada yang mempromosikan suntikan vitamin C untuk memutihkan kulit wajah.

Sesetengah influencers di media sosial bangga menunjukkan suntikan dan drip vitamin C yang mereka dapat dari ‘klinik’ tertentu.

Malah, mereka yang ‘merawat’ juga berpakaian seolah-olah datang dari golongan profesional.

“Yang menyuntik ni pakai lab coat, mesti doktor atau jururawat ni. Macam putih aje influencer ni, jomlah try suntik.”

Itu pandangan sebahagian dari kita bila melihat iklan sebegini. Dengan bermodalkan kot makmal sahaja, kita boleh terpedaya mereka yang menawarkan servis yang sebenar.

Jangan tertipu!

Kalau anda nak tahu suntikan vitamin C di Malaysia adalah tidak sah!

Pertama sekali Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengharamkan pusat kecantikan untuk memberi suntikan vitamin C untuk kulit gebu dan suntikan lain kepada pelanggan.

Hal ini kerana bahan di dalam suntikan itu tidak ketahui inti patinya.

Ianya juga tidak diiktiraf oleh KKM kerana terdapat bahan-bahan yang meragukan serta tidak boleh diambil tanpa kebenaran doktor.

Antara kesan bahaya suntikan vitamin C yang disenaraikan oleh KKM adalah:

Ketidakstabilan hormon
Serangan jantung
Gatal, alergi dan iritasi
Pedih ulu hati
Cirit birit, muntah dan ketidakselesaan perut
Batu karang, kerosakan ginjal
Menopaus pra matang
Paling bahaya ialah suntikan ini berisiko mendapat penyakit buah pinggang sekaligus membawa maut.

Keduanya, pemberian vitamin C secara suntikan atau intravenous tidak akan meningkat kandungan vitamin C pada kulit secara signifikan.

KKM juga ada memberi sedikit panduan berkenaan vitamin C. Setakat ini, tiada kajian yang benar-benar dijalankan pada manusia yang menunjukkan pemberian secara oral juga akan memutihkan.

Bagaimana Dengan Vitamin C Yang Dimakan?

Pengambilan vitamin C secara oral sebenarnya memberikan manfaat kesihatan kepada seseorang.

Namun begitu, kenyataan tentang ianya boleh memutihkan kulit adalah tidak tepat. Untuk memahami dengan lebih lanjut mengapa vitamin C yang diambil secara oral, kita harus kembali pada penggunaan awal vitamin ini.

Pada zaman dahulu, para pelayar selalu mendapat pendarahan gusi (scurvy). Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, mereka harus makan makanan jenis ‘ascorbus’ ketika pelayaran.

Ini kerana makanan seperti lemon dan beberapa buah yang lain mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Penyakit ini melibatkan pendarahan yang selalunya berlaku pada gusi. Hal ini kerana badan tidak dapat menghasilkan kolagen untuk penyembuhan tisu ketika kekurangan vitamin C.

Banyak organisma lain boleh menghasilkan vitamin C dengan sendiri. Tetapi tidak manusia. Jadi manusia perlu mendapatkan vitamin C daripada sumber lain.

Vitamin C juga dapat membantu menghapuskan radikal bebas dalam badan. Maka ianya sangat diperlukan oleh manusia walaupun tubuh badan manusia tidak boleh dihasilkan sendiri.

Malah ianya mampu melindungi kulit dan membantu dalam penyembuhan kulit jika diberikan secara topikal (disapu pada kulit).

Apabila terdedah kepada sinaran UV matahari, lapisan kulit akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas yang boleh merosakkan struktur sel dan protein.

Mengikut kajian, pemberian vitamin C secara topikal lebih efektif untuk membantu kulit wajah. Lebih-lebih lagi untuk mengawal masalah yang sering berpunca daripada sinaran UV.

Sapu Vitamin C Untuk Kulit Cantik

Jika dilihat pada kajian yang pernah dijalankan, memang terdapat bukti bahawa pemberian vitamin C secara topikal lebih efektif untuk kesihatan kulit.

Dalam kajian makmal, vitamin C mampu mengurangkan penghasilan pigmen yang diberi nama melanin. Melanin merupakan pigmen yang menyebabkan kulit berwarna gelap.

Dengan menggunakan vitamin C, pigmentasi dapat dikurangkan dengan merencatkan fungsi enzim tyrosinase di dalam sel melanocytes.

Selepas ini terjadi, penghasilan melanin akan berkurang sekaligus menjadikan wajah lebih cerah.

kelebihan vitamin c
khasiat vitamin c
vitamin c terbaik
manfaat vitamin c
kebaikan durian belanda
khasiat durian belanda